Saturday, May 22, 2010

Raja kita adalah warisan kita

saya kurang senang dengan perilaku sesetengah rakyat malaysia yang tak menghormati institusi raja.Mereka bukan orang kampongan tetapi terdiri cerdik pandai dari parti pembangkang.Belajarlah sejarah semasak-masaknya dan taatlah pada perlembagaan.Jangan butakan matadan hati kelak negara binasa.Semoga Allah melindungi Malaysia dari segala bencana.
LESEN GURU.

saya terpanggil untuk memberi pandangan berikutan isu diatas selepas membaca berita dalam akhbar tempatan dan laman facebook.Pada tahun 1975 saya mula mengajar sebagai guru terlatih dan saya diwajibkan untuk memohon lesen mengajar yang dipanggilbuku biri daripada Pelajaran Negeri.Saya menyokong cadangan Kememterian Pelajaran untuk memperkenalkan lesen mengajar.Formatnya sahaja menjadi persoalan.Niat Timbalan Menteri pelajaran itu amat baik untuk menjadi salah satu langkah mengangkasakan profesion perguruan tambahan pula kaum guru yang dikasihi menghadapi pelbagai macam godaan dan dugaan.Sekurang-kurangnya dengan adanya lesen guru akan mengingatkan lagi siapa kita sebagai profesional dalam pendidikan. SELAMAT HARI GURU.