Saturday, May 22, 2010

LESEN GURU.

saya terpanggil untuk memberi pandangan berikutan isu diatas selepas membaca berita dalam akhbar tempatan dan laman facebook.Pada tahun 1975 saya mula mengajar sebagai guru terlatih dan saya diwajibkan untuk memohon lesen mengajar yang dipanggilbuku biri daripada Pelajaran Negeri.Saya menyokong cadangan Kememterian Pelajaran untuk memperkenalkan lesen mengajar.Formatnya sahaja menjadi persoalan.Niat Timbalan Menteri pelajaran itu amat baik untuk menjadi salah satu langkah mengangkasakan profesion perguruan tambahan pula kaum guru yang dikasihi menghadapi pelbagai macam godaan dan dugaan.Sekurang-kurangnya dengan adanya lesen guru akan mengingatkan lagi siapa kita sebagai profesional dalam pendidikan. SELAMAT HARI GURU.

No comments:

Post a Comment